Hari ni terpanggil nak kongsi 7 SUNNAH HEBAT. Kalau saya tak simpan dan save dalam blog, saya takut lupa dengan ilmu 7 sunnah hebat ini. Perkongsian yang bukan sahaja sebagai peringatan untuk diri sendiri tapi juga untuk peringatan kepada semua...
7 Sunnah Hebat.
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Jom tahajjud!
Doa ketika tahajjud umpama panah yang mengenai sasarannya..buat malam ni, jangan ditunggu esok, lusa .. jom! tahajud dengan penuh istikhamah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Lupakan watsapp, telegram, fb,blog seketika.. awal pagi, mari sama-sama kita buka Al-Quran dan bacalah walau sepotong ayat.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat sunat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Hari ni 2 rakaat, esok lusa kita gagahkan ke 4 rakaat. Kita cuba sama-sama sebab saya pun nak merasa nikmatnya.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Sedekah subuh paling hebat. Ada rahsia disebaliknya. Bersedekahlah dengan penuh ikhlas keranaNya. Jangan lupa sediakan tabung sedekah Subuh di rumah ok..
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.InsyaAllah kita sama-sama amalkan untuk menjadi baik dipandangan Allah.
Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan kepada rakan rakan yang lain juga.
insyaAllah
Puan Harlina
012-377 7314|harlina121@gmail .com




.jpg)



No comments:
Post a Comment