Gunung Kinabalu
Akhirnya detik 22 May 2014 yang saya mark atas kalender dah tiba. Misi mendaki gunung yang ditunggu di Sabah iaitu Gunung Kinabalu.
Perjalanan bermula 25 May 2014 dengan menaiki flight MH... (hmm..tak ingat) dan tiba dengan selamatnya di airport KK pada jam 10.30 pagi. Waktu tu team member lain belum sampai. Tunggu berkumpul bagi cukup korum, baru lah gerak dengan van menuju ke Sutera Sanctuary Lodges Mesilau Nature Resort. Dalam jam 5.30 pm rasanya, sampai di Kinabalu Park Complex. Ada few pictures untuk kenangan dan ambil feel sikit. Time ni dah terasa keheningan sejuk kabus Kinabalu menusuk kalbu..best layan udara kat sini.
Nampak tak gunung kat belakang tu. Itulah puncak yang menjadi target dan matlamat esok pagi.. berdebar la sangat time ni...
"Mampu kah aku??"
Malam tu team Kinabalu yang seramai 13 orang dinner di Sutera Sanctuary Lodges Mesilau Nature Resort. Time ni makan lerr puas puas dimulakan dengan Bismillah. Dinner menu was OK, cuma iNa dah takde selera nak makan banyak2 sebab hati dah terbang masuk ke dalam hutan hehe. Yang penting lepas dinner, kita lengkapkan dengan vitamin tambahan supaya esok tak sakit2 badan untuk ekspedisi mendaki. Lepas dinner, layan dulu sekeping dua dulu foto sebagai kenangan.
Ada 2 laluan yang kita boleh naik untuk sampai ke puncak. Samada melalui Mersilau atau Timpohon. Mersilau katanya lebih cantik view daripada laluan Timpohon. Track pun 2 km lebih daripada laluan Timpohon. Esok kita check-it-out ok..
Dalam pukul 8 lebih, kesemua kami 13 orang iNa, fiza, liza, ipah, qurok, izan, joi, pian, jani, hakim, uncle Lim, awang dan asben Liza berkumpul di bawah ofis Kinabalu Park. Gate Mesilau Trail tu di sebelah ofis Kinabalu Park, tak jauh pun dari Renanthera Cafe. Buat sedikit warmup stretching dan bacaan doa selamat dari ketua team. Kemudian barulah bertemu dengan guide kami. Ada 3 orang tapi lupa pula nak interview nama.
Kecil2 ja guide2 ni tapi, muscular and stamina...memang tip top.
A journey is about to begin..
Montel time ni. Mendaki Gunung Kinabalu ni pun antara agenda
kurus lepas bersalin.Ngeee....
Tengah dengar briefing dari guide.
Tepat jam 9 pagi, baru guide buka Mersilau Gate untuk mulakan pendakian. Untuk mendaki ke Laban Rata, Ina cuma bawak medium bagpack untuk isi barang2 keperluan semasa mendaki ke Laban Rata sahaja. Barang2 lain, segala winter coat, glove dan gears lain untuk ke puncak, pak guide yang tolong bawakan.
Di bawah ni list yang ada dalam beg masa mendaki ke Laban Rata:
1. Air mineral 500ml x 2 botol (air boleh refil dari takungan air hujan di setiap hut hentian.
2. Packed lunch yang disediakan oleh Renanthera Cafe (sandwich telur and cheese).
3. Gloves sepasang
4. Light sweater/wind breaker
5. Plastic raincoat
6. Energy bar / energy gel / coklat / kurma
7. Handphone
8. Vitamin untuk kecergasan
Glove dan light sweater diperlukan sebab cuaca akan semakin sejuk bila makin tinggi.
Mulakan pendakian dengan doa, kami semua berharap semua anggota team berjaya sampai ke puncak dengan selamat. InsyaAllah.
Track Mesilau berbeza dari track Timpohon sebab pendakian menaik dan menurun. View memang cantik sangat. Ada satu area kami melalui kawasan "bridge" (laluan di antara 2 summit) yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Melalui Timpohon memang 100% menaiki tangga saja dan laluannya 2 km kurang dari Mesilau. Melalui Mersilau sangat berbaloi... dapat la enjoy the beautiful scenery.
Pendakian memang menguji ketahanan mental dan fizikal. Tapi nasib baik setiap 1km ada pondok untuk berehat tapi guide advisekan jangan berehat lama - lama. Paling kurang pun 10 minit. Nanti kalau badan dah sejuk, jenuh juga nak pick up balik stamina otot yang rest lama. Tak perlu laju, yang penting slow & steady. Masa mula pendakian, team bergerak beramai ramai tapi makin lama makin terjarak sebab masing masing dah ikut pace fitness sendiri. Nak stop banyak kali ke, nak teruskan perjalanan ke, terpulang pada upaya masing masing. Takda salah takda competition.. yang penting kita enjoy the climb.
Paling tak dapat lupa bila kehadiran kami pendaki di sambut oleh tupai2 yang sangat montel comel minta makan. Apa lagi, layan ja la bagi roti, coklat, kacang. Kalau siapa yang suka ambil gambar nature, track Mesilau is the best for you.
Kilometer ke kilometer mendaki dengan penuh semangat. Penat jangan cakap la kan tapi semangat dan moral support dari team member, dapat juga redah setiap kilometer. Dalam perjalanan akan berselisih dengan pelancong tempatan dan asing. Bagus pendaki pendaki ni, tak henti henti bagi moral support.
" u can do it. Come on come on..." .... " dah nak sampai dah tu..sikit ja lagi " ....
Dikala mulut hanya tersenyum...dalam hati badan dah pewai dah ni...huhuhu... enjoy the nature, inhale the breeze, kagum dengan keindahan ciptaan Allah yang super duper hebat..Subhanallah...inilah pengubat hati dikala mental dah down..
Kami berehat di Lembayoung Hut pada jam 12.30 pm rasanya. Alhamdulillah dapat rest panjang sikit. Free lunch pack dari resort ditemani tupai comel montel lagi. Patut la gomok, hari hari ada orang kasi makan. Kesian dengan Uncle Lim sebab lunch pack dia ada pada guide yang masih lagi kat belakang. Ina berkongsi ja lunch dengan Uncle Lim. Mudah mudahan dipermudahkan perjalanan. Masa on the way climb tadi juga dia cramp kaki. kesian Uncle Lim. Walaupun dah cecah 50-an, masih bersemangat jitu nak naik.
Kagum juga dengan beberapa pelancong asing veteran yang naik guna tongkat 4 kaki tu. Sanggup tu naik redah Kinabalu walaupun dengan keadaan macam tu. Agaknya dia pun nak selesaikan my-to-do-list... thumbs up to nanny!
Tepat jam 6 petang akhirnya sampai juga di Laban Rata. 1 km terakhir memang mental down sangat. Asyik ulang2 ja tanya dengan Hakim dah sampai ke lum da sampai ke lum... aduyaii..dengan bingit sejuk, kaki dah penat melangkah.. picture ni capture masa 1 km lagi nak sampai.
Cantik sangat sampai rasa nak golek tidur ja kat sini. Dengan viewnya, nyamannya, suara hutan yang offline dari bunyi jentera manusia... inilah terapi stress terbaik!
Tiba di Laban Rata rasa lega sangat. Makanan dah sedia terhidang secara buffet untuk makan malam. Selesai makan malam, semua bergerak untuk check in ke kamar tidur di Gunting Langadan.. adeiii...menapak daki lagi 100 meter dalam kegelapan malam.
Akhirnya, dapat juga merebahkan badan ke katil. Bilik tanpa heater dan bilik air pun tanpa water heater. Time ni tak kira dah, walaupun sejuk air tu menggigil mcm mandi air water cooler iNa tetap juga mandi. Tak sanggup cik nak tido dengan badan melekit ashammm peluh. Kul 8.30 da siap landing tido. Esok kul 2 pagi dah kena bersiap untuk ke puncak....
Entry ke puncak akan di sambung di bahagian Part III... nantikan debaran ke puncak
Salam ikhlas