Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu telah ku tawan hingga ke Low's Peak. Alhamdulillah dan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan untuk menakluk gunung tertinggi di Asia. Tahniah kerana ibu kepada 3 orang puteri ni berjaya juga mendaki dan menjejaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu.
Pendakian paling best untuk tahun 2014. Finally I did it! Sebenarnya hasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu terpendam sejak sekolah lagi. Dalam senyap2, Ina masih menyimpan lagi hasrat ni. Antara projek kurus lepas bersalin. Ngeee...
Kinabalu climb memang dalam list perkara yang nak dibuat sebelum umur 30 tahun tetapi disebabkan kekangan masa, keluarga dan upaya, hasrat ni tersimpan lama dan akhirnya tercapai juga sebelum umur 40 tahun. Badan sihat, semua boleh jalan.. kan?
PERSEDIAAN: Untuk mendaki Gunung Kinabalu ni mengambil masa beberapa bulan juga sebaik saja Ina settlekan urusan booking tarikh dan flight pada bulan Dec 2013. Dalam kepala banyak fikirkan training untuk stamina dan stamina. Stamina saja tak cukup tanpa supplement yang mantap untuk cergaskan diri. Bulan pertama, saya banyak mantapkan dengan berjoging. Paksa diri dan masih sempat curi2 masa berjogging di jogging track Alam Budiman, Shah Alam sebelum menjemput anak2 dari taska.
APA YANG I BUAT? Kadang2 jog di Tasik Shah Alam, FRIM Kepong... kena setkan minda joging at least 3 kali seminggu, 30 minit pun jadi..pulun sungguh planning nak kerabat Gunung Kinabalu. Dalam bulan March 2014, saya join Women Marathon 10km larian. Placing tak penting, yang penting dapat habiskan larian. Dapat la completekan 1 jam 30 minit....phewww... letih penat jangan ckp la, dah tentu ada kan. Nak sangat naik Gunung Kinabalu kannn...
Training naik turun tangga juga penting. Biasanya Ina habiskan masa waktu lunch dengan naik turun tangga ofis dari tingkat 23 ke tingkat 36. Masa first time climb tangga naik ke tingkat 36, memang pancit sangat.. risau pun ada. Dalam hati,
"Boleh ke naik Gunung Kinabalu ni?"
Practice dan terus practice, lama2 akan dapat pace climbing untuk kuatkan otot2 kaki.. go mama go! You can do it baby! Penghujung April, saya sertai team BDS (Bintang Di Syurga) naik Gunung Chemerong Berembun Lansir di Dungun Terengganu. Antara agenda untuk mantapkan stamina.
Sepanjang tempoh latihan, Ina sentiasa bekalkan suplement vitamin dan bancuhan 'protein shake'. Badan yang sihat tetap memerlukan makanan tambahan untuk meningkatkan kercergasan.
Banyak persediaan rupanya untuk mendaki Gunung Kinabalu. Bukan setakat stamina dan supplement tapi hiking gears pun kena mula cari. Tak banyak beza dengan hiking biasa cuma kena ada extra gear untuk menampung suhu sejuk kat atas puncak Gunung Kinabalu. Jom ikuti perjalanan Ina yang selanjutnya di next entry.....
Salam ikhlas,
Harlina Ramli





No comments:
Post a Comment